February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus



ALOR SETAR: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) memperoleh peruntukan RM30 juta bagi musim 2018 berbanding RM27 juta tahun ini bagi memenuhi pelbagai aspek keperluan dalam memastikan Lang Merah bersedia menghadapi cabaran musim depan.

Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, daripada jumlah RM30 juta itu, sebanyak RM18 juta diterima daripada penaja utama, ECK Development Sdn Bhd.

“Sebanyak RM5 juta diperuntukkan untuk mendapatkan khidmat lima pemain import dan buat masa sekarang kami mempunyai dua pemain import lama iaitu Sandro Da Silva dan Liridon Krasniqi. 

“Kami masih mencari tiga pemain import dan ia dijangka selesai menjelang pertengahan Januari 2018 bagi membolehkan pasukan bersiap sedia untuk perlawanan Piala Sultan Haji Ahmad Shah pada Februari nanti,” katanya selepas mesyuarat Kongres Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) ke-42 di Wisma Darul Aman, hari ini.

Katanya, pemilihan tiga pemain import itu akan dibuat oleh Ramon Marcote sebagai jurulatih utama dalam usaha untuk membina satu pasukan yang kuat sebelum ia akan dimuktamadkan bersama pihak KFA.

BACA: Ramon Marcote sah ketua jurulatih Lang Merah

Pada mesyuarat tersebut, Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar memaklumkan kesemua 36 ahli gabungan KFA bersetuju untuk mengekalkan Ahmad Bashah yang juga Menteri Besar Kedah sebagai Presiden KFA.

Ahmad Bashah yang mempengerusikan mesyuarat tersebut berkata, dia berterima kasih kepada semua ahli gabungan dan penaja utama skuad Lang Merah, ECK Development yang memberi kepercayaan kepadanya untuk terus menerajui KFA.

“Harapan penaja dan semua ahli gabungan adalah untuk melihat KFA terus kuat dan perkara paling penting di sini ialah kerjasama daripada semua pihak termasuk penaja dan penyokong.

“Kami (KFA) tidak minta dipuji tapi berharap semua pihak untuk terus bersama KFA dalam apa juga keadaan. Penyokong juga perlu menyokong keseluruhan struktur KFA, kalau sokong bola sepak tetapi tidak sokong pengurusan ia akan lemah juga,” katanya.

Isnin lalu, Pengarah ECK Development Sdn Bhd, Puan Sri Ginney Chew dalam kenyataan berkata, pihaknya akan mempertimbangkan semula penajaan sekiranya Ahmad Bashah meletakkan jawatannya sebagai presiden KFA seperti yang didesak pihak tertentu.

— BERNAMA



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: