February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Ramai yang membuat persepsi bahawa Presiden UMNO tidak boleh ditegur. Mungkin benar bagi Presiden UMNO sebelum -sebelum ini, tetapi bukan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa pada Program Diskusi UMNO-Online : Anda Tanya Kita Jawab bertajuk Pasca PAU 2017: UMNO Parti Untuk Masa Depan pada Rabu mendedahkan mengenai sifat Perdana Menteri Malaysia itu.

“Saya ada pengalaman di bawah empat orang Presiden iaitu Tun Hussien Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak. Saya kongsi pengalaman, antara semua, Najib adalah Presiden yang paling terbuka sekali.

“Isu terbaru, pembatalan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) sebagai pemantau lesen khas umrah amat bertepatan yang dilakukan Najib, bukti beliau seorang pemimpin yang berani mengambil tindakan dan sentiasa mendengar kritikan rakyat,” katanya.

Turut hadir Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Razlan Mohamad Rafii,Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said da Pegawai Khas Perdana Menteri, Isham Jalil sebagai ahli panel.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan yang diajukan oleh penontong media sosial, Ikram Yusof yang ingin tahu apakah cara untuk mengkritik presiden parti kerana sejak zaman Tun Mahathir sehingga Najib, sesiapa yang mengkritik akan dipecat atau digantung keahlian seperti yang berlaku kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga rakyat melihat jawatan presiden pasti ini maksum.

Tambah Annuar, isu yang terjadi kepada Muhyiddin bukan berlaku dek kerana tindakannya menegur Najib berhubung isu 1MDB sehingga dipecat dalam parti.

“Jika ada yang beranggapan dia (Muhyiddin) dipecat sebab menegur Najib dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti, itu tidak benar. Saya sendiri yang berhadapan dengan Muhyiddin bila dia membuat kelakuan tidak betul dengan membuat perhimpunan di Kampung Baru apabila perhimpunan agung parti semakin hampir.

“Dia juga meluahkan rasa tidak puas hati kerana tidak diberi peluang untuk merasmikan Pergerakan Pemuda. Saya beritahu dia, dia perlu sedar sebab kelakuannya telah melanggar peraturan parti. Tiada lagi Timbalan Presiden UMNO yang sedang memegang jawatan, berani buat benda di luar keputusan parti.

“Dia tidak layak bercaka tentang tradisi( rasmikan Pemuda) sebab dia sendiri telah langgar tradisi,” katanya.

Annuar turut mendedahkan, selama 27 tahun menjadi ahli MT, Najib merupakan Presiden paling ‘open’ sehinggakan tidak kisah apa yang hendak diperkatakan oleh kawan-kawan lain.

“Ada beberapa kawan di dalam MT, dalam empat orang yang berani balun Presiden, berani cakap terus-terang yang saya tidak pernah tengok lagi masa zaman Tun Mahathir. Saya tidak mahulah sebut nama.

“Jadi jangan ingat, ahli MT kami-kami hadir mesyuarat , duduk diam sebab takut dengan Presiden, ada yang berani berterus-terang,” katanya berseloroh.

Ujarnya lagi, Muhyiddin tidak pernah membangkitka isu 1MDB di sepanjang mesyuarat MT dan ia hanya disuarakan (dalam keadaan mempertahankan diri) setelah krisis semakin hangat diperkatakan dan selepas membuat kenyataan di Cheras.

“Kalau kata dia dipecat dlm MT, itu karut..saya jadi saksi…dia tak pernah bukak mulut ckp ttg 1MDB dalam MT. Ketika isu itu berlaku, kami semua pelik kenapa dia sebagai Timbalan Presiden bertindak mendiamkan diri sedangkan Presiden sedang ‘dibalun’.

“Saya ingat lagi masa bulan Ramadan, kami ahli MT berbincang apa yang sedang berlaku. Kami pelik Muhyiddin tidak bersuara. Jika benar Presiden buat salah, dia ada pandangan lain, tidak salah jika dia nak utarakan dan maklumkan pada kami.

“Saya jadi saksi, hubungi pegawai Muhyiddin untuk aturkan perjumpaan bagi menghantar wakil untuk mengetahui perkara sebenar dipihak dia.

“Tapi tak sempat nak atur, Muhyiddin dah ‘letupkan’ di Cheras. Secara diam dia aturka rancangan nak jatuhkan Najib…bukan sebab dia buka mulut, dia dipecat kerana pada waktu itu, dalam MT, dia tak bercakap.

“Ketika Muhyiddin buat hal di Cheras, saya berada di London. Saya mesej Najib dan dia masih sama, tidak mahu mengambil tindakan sehinggakan Muhyiddin ‘tampar’ Perdana Menteri di khalayak dengan ucapan terbuka.

“Itu pun Perdana Menteri masih cakap, “nmpknya Muhyiddin bagi signal nak jatuhkan saya. (Dalam hati saya), nampak apa lagi? mmg nak jatuhkan,” katanya.

Tambahnya lagi, rakyat telah ditanamkan persepsi untuk bencikan Najib kerana tidak mampu untuk menggodam UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Mereka tidak mampu menggodam UMNO dan BN, sebab itu mereka cuba meruntuhkan institusi Presiden dan Perdana Menteri dengan melancarkan politik kebencian,” katanya.-20/12/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: