February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


ANTARAPOS

Post Pic

 

 

KUANTAN: Seorang nelayan dihukum penjara 115 tahun dan 24 kali sebatan
oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana merogol dan melakukan
sumbang mahram terhadap anak kandungnya antara Oktober 2013 sehingga
Oktober lalu.

 

Lelaki berusia 53 tahun dari Kampung Tebat, Pekan itu menghadapi dua
tuduhan melakukan sumbang mahram dan tiga tuduhan merogol anak
kandungnya yang kini berusia 20 tahun, dalam dua prosiding berasingan.

 

Di Mahkamah Sesyen 1, Hakim Datuk Unaizah Mohd menjatuhkan hukuman
penjara 40 tahun selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap dua tuduhan
melakukan sumbang mahram dengan merogol anaknya pada 20 Oktober 2013 dan
24 Oktober 2014.

 

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah rakit di tepi
Sungai Pahang, Kampung Tebat kira-kira jam 8.30 malam manakala
pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

 

Ia memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun dan sebatan.

 

Unaizah mengenakan hukuman penjara 20 tahun bagi setiap pertuduhan dan mengarahkannya dijalankan secara berasingan.

 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Shahrul Ekhsan Hassim, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

 

Di Mahkamah Sesyen 4, Hakim Siti Aminah Ghazali menjatuhkan hukuman
penjara 75 tahun dan 30 sebatan selepas tertuduh mengaku bersalah atas
tiga tuduhan merogol anak kandung yang sama pada 14 dan 22 September
lalu serta 3 Oktober lalu di lokasi sama serta waktu sama.

 

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang
memperuntukkan hukuman penjara minimum lapan tahun dan maksimum 30 tahun
dan 10 sebatan.

 

Siti Aminah menjatuhkan hukuman 25 tahun penjara dan 10 sebatan bagi
setiap pertuduhan yang diarahkan dijalankan secara berasingan.

 

Bagaimanapun, hukuman sebatan ke atas tertuduh dikurangkan berikutan
Seksyen 288 Kanun Tatacara Jenayah memperuntukkan seseorang pesalah
hanya boleh disebat maksimum 24 sebatan.

 

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Haryati Abdullah.

 

Mengikut fakta kes, anak sulung tertuduh melarikan diri daripada
kediamannya pada 6 Disember lalu selepas tidak tahan dirogol bapa
sendiri sejak empat tahun lalu sebelum membuat laporan polis pada 13
Disember bagi membolehkan siasatan dibuat.

 

Tertuduh didakwa mengugut akan merogol adik mangsa yang lain jika
perkara itu diketahui orang lain dan memukul serta menendang mangsa
untuk menakutkannya daripada membuat laporan.

 

 



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: