February 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus


PAS percaya Tun Mahathir Mohamad akan melakukan pelbagai perkara ‘pelik’ dalam usahanya mendapatkan sokongan rakyat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
 
Merujuk kepada sokongan bekas perdana menteri itu supaya Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mendakwa Mahathir sanggup berbuat apa sahaja untuk merealisasikan kepentingan politiknya.
 
“Semua itu politik terdesak yang ditunjukkan Mahathir kerana kita nampak beliau sudah tidak tahu lagi cara untuk mendapatkan sokongan.
 
“Berdasarkan pengalaman kita, Mahathir ini dilihat boleh buat apa sahaja, mungkin dekat PRU ke-14, ada benda-benda lain lagi yang pelik akan keluar,” katanya.
 
Mohd Amar berkata demikian kepada media selepas program ceramah PAS di Kampung Lundang, Kota Bharu, malam tadi.
 
Baru-baru ini  Mahathir, yang juga Pengerusi PH mendesak kerajaan membebaskan Anwar yang menjalani hukuman penjara kerana meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan pada tahun 2003.
 
Pada 13 Disember lalu, Mahathir mengeluarkan kenyataan bersama dengan peguam hak asasi manusia dari AS, Kimberly Motley, yang menganggap Anwar sebagai tahanan politik dan perlu dibebaskan segera.
 
Mahathir pernah menyingkirkan dan memenjarakan Anwar sekitar tahun 1999.
 
“Saya percaya, rakyat sama sekali tidak akan terpengaruh dan terperdaya dengan politik Mahathir ini.
 
“Dia singkirkan Anwar, zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dia angkat Najib, sekarang dia lawan Najib.
 
“Mahathir ini dia berlawan dengan kerosakan yang dibuatnya dulu,” ujarnya.-20/12/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: