February 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus


AIDCNews -19/12/17 –Penafian Ketua Ahli Parlimen DAP untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan (PH) berjaya menawan Putrajaya tidak selaras dengan kehendak akar umbi parti itu, kata Naib Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Ahmad Fadhli Shaari.

Menurutnya sudah ada strategi ‘test market’ mencalonkan Kit Siang sebagai PM yang dilakukan akar umbi DAP dan ia tidak ditentang oleh pimpinan DAP yang lain.

“Namun, siapakah yang boleh menafikan bahawa Kit Siang sebagai PM juga menjadi sebahagian agenda DAP dan ia tidak ditolak secara mutlak oleh parti tersebut.

“Sekurang-kurangnya cadangan untuk Kit Siang sebagai PM sudah dilontarkan oleh tokoh-tokoh di dalam DAP dan ia tidak disusuli dengan sebarang penafian oleh pucuk pimpinan tertinggi parti tersebut,”katanya dalam Facebook.

Tambahnya, ia dibuktikan sendiri dengan dua saksi akar umbi DAP yang menjulang nama Kit Siang, iaitu Datuk Zaid Ibrahim dan P.Ramasamy yang mewakili dua kaum Melayu dan India daripada parti tersebut.

“Boleh rujuk di pautan https://www.malaysiakini.com/news/397901 apabila Datuk Zaid Ibrahim menyebut dengan jelas bahawa “Kit Siang would make a better PM than anyone in Umno..” pada 10 Oktober 2017 dan kenyataan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang dari DAP, Dr P Ramasamy bahawa Lim Kit Siang adalah calon Perdana Menteri terbaik Malaysia.

“Adakah ada mana-mana penafian dari tokoh tertinggi DAP menolak terus cadangan ini? Jika tidak ada, maka di mana salahnya untuk mengingatkan daripada awal kepada rakyat Malaysia bahawa individu ini mungkin menjadi PM jika DAP memenangi kerusi yang banyak dalam pilihanraya?

“Itu belum lagi dicampur kenyataan Peguam PAS – Dahulu (Mohamad Hanipa Maidin) bahawa calon impiannya untuk menjawat jawatan PM ialah Lim Kit Siang!,”katanya lagi



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: