February 25, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR : Pernahkah anda bermimpi dapat berkongsi percutian bersama-sama penyanyi No.1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza?

Impian anda mungkin akan menjadi realiti hujung Disember ini.

Kegirangan Siti Nurhaliza bercuti dengan suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa kini akan dapat dikongsi peminat-peminat penyanyi berusia  menerusi kaca televisyen anda.

Program yang berkonsepkan realiti ini bakal memperlihatkan kepada penonton perjalanan percutian Siti bersama keluarganya.

Menurut Siti, rancangan ini merupakan program realiti eksklusif yang julung kali diadakan.

“Bukan senang nak kumpulkan kesemua ahli keluarga saya dan Datuk K, tetapi Ahamdulillah, kami berjaya kumpulkan seramai 24 orang untuk percutian ini.

“Kami menghiskan masa bersama selama 20 hari di tiga buah negara iaitu Spain, Portugal dan Dubai. Pelbagai ragam sepanjang perjalanan percutian ini yang akan anda saksikan,” kata penyanyi berusia 38 tahun itu ketika pelancaran program ‘CTDK-ation’ di ibu negara, hari ini.

Turut hadir majlis tersebut adalah suaminya, Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal dan ahli keluarga Siti.

Program 10 episod ini akan bersiaran setiap hari Jumaat bermula 29 Disember 2017 di saluran Astro Ria dan Astro Ria HD.

Ia turut boleh diakses menerusi portal Gempak, aplikasi Astro Go dan perkhidmatan ‘on-demand’ untuk pilihan yang fleksibel.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: