February 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus



PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bakal sepentas sekali lagi dalam Perhimpunan Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis, Jumaat ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengesahkan perkara tersebut berkata perhimpunan itu juga akan disertai 250 badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik.

“Kita jangkakan kehadiran dalam 10,000 orang dan kita mengalu-alukan lebih daripada itu.

“Ia juga melibatkan parti-parti politik dan NGO termasuk NGO yang bukan Islam.

“Ini kerana isu ini adalah soal kesejagatan kita bersama dan dunia,” katanya selepas mempengerusikan ‘Mesyuarat Penyelarasan Himpunan Solidariti Perdana: Intifada Selamatkan Baitulmuqaddis’ di sini hari ini.

BERITA LANJUT MENYUSUL



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: