February 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam atau mesra diapnggil ‘Tok Ali’ memang dikenali sebagai pemimpin yang kreatif. Semasa jadi Ketua Menteri Melaka macam-macam program yang dibuatnya sampai ada yang tidak terjangkau dek akal.

Yang terbaru sebagai Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) beliau mengumumkan buat julung kali memperkenalkan skim pinjaman mudah sehingga RM10 juta khas untuk artis tempatan.

Menerusi dana itu, penggiat seni khususnya dalam industri muzik mampu meraih pendapatan lumayan menerusi bidang keusahawan dan perniagaan.

“PUNB hari ini berbincang bagaimana kita boleh membiayai artis-artis yang berminat dengan keusahawanan dalam industri muzik negara

“Kita hari-hari menedengar muzik, namun kita masih belum melahirkan ramai jutawan muzik berbanding negara Eropah, dan negara maju lain.

“Semua pinjaman PUNB boleh melibatkan industri muzik khususnya penjualan rekod muzik sama ada baharu mahupun lama, rakaman lagu serta produk muzik dalam talian,” katanya pada sidang media ibu pejabat PUNB, di sini, hari ini.

Terdahulu Mohd Ali merasmikan taklimat khas pembiayaan perniagaan PUNB khas kepada penggiat muzik tempatan yang berakhir lewat petang tadi.

Mohd Ali juga berkata, PUNB boleh memainkan peranan untuk melonjakkan industri muzik negara ini dengan penjualan produk muzik dalam talian yang lebih menguntungkan penggiat seni.

“Banyak syarikat muzik antarabangsa kalau kita nak berhibur kena bayar yuran untuk satu lagu semuanya dalam talian.

“Kalau perkara ini boleh diambil kesempatan, khususnya dalam perdagangan dalam talian, PUNB yakin boleh membiayainya,” katanya.

Katanya lagi, buat permulaan, PUNB akan mewujudkan satu konsortium bersama Persatuan Industri Muzik Malaysia (MIM) bagi memantau dan memastikan penggiat seni memanfaat dana itu untuk menjual produk muzik dengan lebih berkesan.

“Jika artis sanggup membuat persembahan di taman-taman tema, bila hujung minggu senang kita nak kongsi pendapatan.

“Sekarang dalam e-commerce ekonomi digital di mana perdana menteri sedang tekankan, artis juga boleh melihat ini sebagai satu bidang baharu.

“Saya berharap arti-artis Malaysia dapat berniaga dengan berjaya seperti mana boleh dilihat di negara barat,” katanya lagi.

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the “Biographical Info” field in the user admin panel.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: