February 25, 2018
You can use WP menu builder to build menus



PUTRAJAYA: Malaysia akan memohon supaya diadakan Sidang Khas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) berhubung keputusan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan kini dalam proses rundingan dengan beberapa negara lain dalam usaha melaksanakan sesi khas itu.

“Kita sedang berbincang dengan negara-negara lain bagi memastikan Sesi Khas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam isu ini (Palestin) dilaksanakan.

“Tapi perkara itu akan dibincangkan dengan lanjut bersama Wisma Putra yang diketuai Anifah (Aman),” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan ‘Mesyuarat Penyelarasan Himpunan Solidariti Perdana: Intifada Selamatkan Baitulmuqaddis’ di sini, hari ini.

Bagaimanapun, tegas Datuk Seri Ahmad Zahid, Malaysia konsisten membantah keputusan AS mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

BACA: Baitulmaqdis: OIC mahu tindakan segera Majlis Keselamatan PBB – Najib

Pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan OIC perlu bersatu dalam usahanya untuk menolak sebarang langkah mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: