February 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KELAB Liga Perdana Inggeris, Swansea City memecat pengurus Paul Clement, susulan prestasi buruknya musim ini.

Pasukan itu kini berada di tangga terbawah liga dan hanya menang tiga perlawanan.

“Untuk menukar pengurus, khususnya ketika persaingan hanya separuh musim, adalah perkara terakhir yang kami mahu lakukan,

“Kelab ini mempunyai tiga pengurus berbeza musim lalu dan kami mahu memberi Paul tempoh masa yang secukupnya untuk menukar nasib kelab ini,

“Bagaimanapun kami merasakan kami perlu membuat perubahan untuk memberikan peluang terbaik melonjak dari kedudukan tercorot dalam liga perdana,”kata Pengerusi Swansea City Huw Jenkins ketika mengesahkan pemecatan Clement.

Pembantu pengurus, Nigerl Gibbs dan Karl Halabi turut meninggalkan kelab susulan keputusan pemecatan ini.

Clement, 45 tahun, mengambil alih pasukan itu Januari lalu, dan berjaya membawa pasukan itu menamatkan musim lalu di kedudukan ke-15.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: