February 25, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Pengurusan pakej umrah harus dikekalkan di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan berbanding diletakkan di bawah Tabung Haji (TH).

Ini adalah kerana sistem keselamatan sudah diwujudkan oleh pihak kementerian bagi mengatasi masalah penipuan pakej umrah, kata Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA).

“Sejak sekian lama, sesiapa yang mengendalikan pakej umrah perlu mendapatkan lesen ‘keluar’ dari Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, dan kini hanya pengendali dengan ‘Lesen Khas Umrah’ dibenarkan mengendalikan operasi itu.

“Justeru, tahap keselamatan sudah diwujudkan dan tidak perlu ditukar agensi,” kata naib presiden Umrah dan Haji MATTA, Shahrulnezam Mohd Daud dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, penukaran itu akan turut menjejaskan pengendali pelancongan umrah khususnya Bumiputera yang akan sukar bersaing.

“Kurang bijak dan tidak bertanggungjawab untuk membatalkan mekanisma sedia ada dan meletakkan perusahaan secil dan sederhana (PKS) terutama pengendali pelancongan Bumiputera dan beribu-ribu pekerja dalam keadaan terancam.

“Ia akan menyukarkan pengendali pelancongan Bumiputera untuk bersaing dan kekal dalam perniagaan jika agensi kerajaan lain mengambilalih,” ujarnya.

Tambah Shahrulnezam, jumlah kerugian akibat penipuan pakej umrah adalah rendah pada purata RM5 juta setahun dan berbanding kerugian RM5 bilion akibat penipuan pelaburan permainan wang.

“Bagaimanapun, amat mendukacitakan melihat jemaah Umrah ditipu individu tidak bertanggungjawab.”

Beliau berkata penipuan itu didalangi orang tengah dan individu yang menghilangkan diri selepas memungut wang.

Risiko itu, kata Shahrulnezam, boleh dikurangkan dengan mengenakan tindakan terhadap pengendali pelancongan umrah berlesen bagi setiap tindakan agen bawahan mereka, tidak kira agensi atau individu yang mewakili mereka.

Sementara itu, TH pada Selasa berkata mereka bersedia menjadi orang tengah antara agensi pelancongan dan umrah dengan bakal jemaah dalam usaha menangani penipuan pakej umrah.

Ahli Lembaga Pengarah TH, Tan Sri Mohamad Aziz berkata, beliau sendiri akan mengemukakan cadangan tersebut dalam mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah TH akan datang.

Cadangan itu disokong Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sambil berkata TH telah terbukti cekap dalam pengurusan jemaah haji.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: