February 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus



WASHINGTON: Dewan Perwakilan Amerika Syarikat pada Selasa meluluskan undang-undang pembaharuan sistem percukaian negara itu sejak tiga puluh tahun yang lalu.

Rang undang undang yang diusulkan wakil parti Republikan ini akan menyaksikan pengurangan kadar cukai pendapatan untuk perusahaan dan individu. Ia dilihat akan menyebabkan jurang pendapatan dan defisit bajet Amerika Syarikat semakin meningkat.

Dewan yang dipengaruhi majoritinya oleh ahli Republikan itu meluluskan undang-undang yang diberi nama Tax Cuts and Jobs Act menerusi undian majoriti 227-203, dimana semua wakil Demokrat dan 12 wakil Republikan mengundi untuk menolaknya.

Kini rang undang-undang itu akan dibawa ke Senat dan berdepan fasa undian terakhir pada hari yang sama.

Walaupun Republikan mempunyai 52 kerusi majoriti di Senat, mereka hanya mampu untuk kehilangan dua undian senator untuk meluluskan rang undang-undang itu tanpa sokongan sebarang wakil Demokrat.

Undang-undang ini akan memotong kadar cukai pendapatan dari 35 peratus kepada 21 peratus dan penolakan 20 peratus untuk pendapatan yang dijana melalui perniagaan.

Sementara itu, cukai pendapatan individu pula akan dikurangkan dari 39.6 peratus kepada 37 peratus.

White House dalam satu kenyataan berkata masyarakat kelas pertengahan akan menerima kelebihan utama dan mendapat keuntungan dari perundangan ini.

Perundangan ini merupakan kemenangan berkaitan terbesar pertama buat Donald Trump sejak menjadi Presiden Amerika Syarikat ke-45.

Pakej AS$1.5 trilion itu akan memberi pengecualian cukai terbanyak kepada golongan kaya dan perusahaan, dan pengurangan kadar sederhana buat keluarga kelas pertengahan dan bawahan.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: