February 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus



QUINTANA ROO: Sekurang-kurangnya 12 pelancong termasuk kanak-kanak maut selepas bas yang dinaiki mereka terlibat dalam nahas di sebuah lebuhraya di tenggara Mexico.

Menurut pihak berkuasa, belasan penumpang lain turut cedera dalam insiden itu.

Kesemua pelancong dalam perjalanan menaiki kapal persiaran, ‘Celebrity Equinox’ dan ‘Serenade of the Seas’.

“Mangsa cedera dan sedang dirawat di dua hospital berbeza buat masa ini.

“Mereka akan dipindahkan ke bandar lain untuk rawatan lanjut.

“Buat masa ini, enam daripada mereka di Tulum, dan tujuh berada di hospital Chetumal,” ujar Setiausaha Negeri Quintana Roo, Marisol Vanegas.

Punca kejadian masih lagi dalam siasatan.

Sementara itu, syarikat perkapalan tersebut, ‘Royal Caribbean Cruises’ yang berpangkalan di Miami dalam satu kenyataan menzahirkan rasa simpatinya dan akan membantu penjagaan perubatan dan pengangkutan kepada mangsa terlibat.

“Buat masa ini belum ada lagi perancangan untuk memindahkan mereka (mangsa) dan syarikat (kapal persiaran) akan menanggung segala kos yang terlibat,” ujarnya lagi.

Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Mexico City turut memberitahu beberapa warga Amerika mengalami kecederaan dalam nahas tersebut dan mereka sedang kenal pasti identiti mereka.

Tambahnya, Konsulat AS di Merida juga bersedia memberikan bantuan.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: