February 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus



CHINA menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun ke atas 33 individu bersabit kesalahan penipuan atas talian.

Seramai 13 tertuduh adalah warganegara Taiwan yang diekstradisi dari Kenya.

Dalam kenyataan ringkas yang dikeluarkan Mahkamah Beijing, kesemua tertuduh dikenakan hukuman beserta denda yang tidak dinyatakan jumlahnya.

Dua tahun kebelakangan ini beberapa negara seperti Kenya, Sepanyol, Vietnam dan Kemboja telah mengekstradisi warga Taiwan ke China yang terlibat secara langsung dalam kes penipuan atas talian.

Taiwan bagaimanapun menyifatkan tindakan negara terlibat mengekstradisi rakyatnya ke China sebagai satu pencabulan kedaulatan negara itu.

Dalam kenyataan yang dibuat Taipei, Beijing didakwa sengaja menculik rakyatnya susulan isu kedaulatan kedua-dua negara.

China telah mempertahankan keputusannya dengan menyatakan jenayah siber yang dilakukan turut melibatkan kes di Beijing.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: