February 25, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Ada beberapa wakil pemimpin pakatan pembangkang akan menyertai Solidariti bantah Baitulmaqdis menjadi ibu negara Israel di Masjid Putra esok Jumaat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

 

Mengesahkan perkara itu, beliau berkata meskipun ada rakan parti dalam komponen pakatan itu bertegas tidak akan menyertai perhimpunan tersebut, namun pihaknya sudah mempunyai senarai nama yang akan menghadiri solidariti itu.

 

“Ada yang mewakili PAN ada mewakili PKR hadir esok,” kata Zahid ketika sidang media selepas merasmikan serta lawatan ke kilang Datasonik Group Berhad yang membekalkan pasport, Khamis. 

 

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bercakap pada sidang media selepas merasmikan Kilang Datasonic Group Berhad di Petaling Jaya. Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Datuk Seri Mustafar Ali

 

Perhimpunan itu akan menyaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sepentas selepas himpunan solidariti untuk Rohingya.

 

Zahid berkata demikian sebagai respon yang PAN menegaskan tidak menyertai perhimpunan mempertahankan Baitulmaqdis di Masjid Putra.

 

Kata Naib Presiden PAN, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa sebelum ini, tunjuk perasaan itu tidak ada bezanya dengan tunjuk perasaan yang PH sudah lakukan beberapa kali sebelum ini.

 

“Tidak ada bezanya kalau kita buat, dia (kerajaan Persekutuan) buat lagi bagus tetapi bagi kita, kita tidak akan bersama sebab kita sudah buat 2 kali dan akan buat pada kali ke-3, dan 4,” katanya sewaktu bersiaran langsung di Facebook dalam program anjuran Invoke Malaysia.

 

Mengulas mengenai penolakan sebagai ahli panelis Mujahid, Zahid berkata pihaknya sudah menerima wakil baru daripada PAN yang akan mengantikannya.

 

“Kita dah ada ganti dia (Mujahid) daripada parti dia yang sama.

 

“Biar (mereka) gaduh sama sendiri,” katanya Zahid merujuk kepada perbezaan pandangan pemimpin PH berhubung perhimpunan tersebut.

 

Dalam perkembangan sama Zahid turut menyindir Pakatan Harapan berhubung status kelulusan gabungan pembangkang itu susulan perbezaan pandangan pembangkang berhubung kehadiran himpunan esok.

 

“Pakatan Harapan itu siapa, siapa ahli-ahlinya, Pakatan Harapan itu dah daftar ke belum,” katanya,

 

Sebelum ini, Zahid mempelawa rakyat berbilang kaum, NGO serta pemimpin parti pembangkang menyertai tunjuk perasaan itu.

 

Zahdi berkata, perhimpunan itu pentas semua pihak menunjukkan solidariti dalam isu Washington mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.- 21/12/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: