February 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus


PUTRAJAYA: Pengacara dan personaliti televisyen, Azwan Ali hadir ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya di sini pagi tadi.

Kehadiran Azwan adalah bagi menyerahkan bukti dan dokumen berkaitan dakwaan salah guna kuasa dan rasuah kerajaan negeri Selangor.

Azwan hadir sekitar jam 10 pagi tadi dengan menaiki kenderaan pelbagai guna berwarna hitam.

“Ini kali pertama saya di sini, jadi saya tak boleh nak komen banyak.”

Bagaimanapun ketika ditanya pemberita berapa banyak dokumen yang beliau ingin serahkan kepada SPRM, Azwan menunjukkan fail dokumen yang dibawanya, sambil berkata: “Betapa tebalnya fail ini menunjukkan betapa seriusnya saya dalam menangani isu ini. Diharapkan ini (dokumen) dapat membantu,” katanya.

Azwan yang juga adik kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, sebelum ini lantang mengkritik kepimpinan kerajaan negeri – astroawani



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: