February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Hahaha!!! Nampak sangat yang puak kartel Si Azmin Ali ni mula menggelupor tak tentu arah bila Diva AA, Azwan Ali tampil menyerahkan dokumen kepada SPRM yang dibuat hari ini.

Kata Azwan, penyerahan dokumen itu dibuat berdasarkan kepada tanggungjawab dia sebagai seorang rakyat sebagai bukti terhadap penyelewengan dan salah guna kuasa yang telah berlaku.

Malah, selebiriti yang sering tampil dengan kontroversi itu juga mendakwa, dokumen yang mengandungi bukti itu turut melibatkan kemewahan terlampau yang dimiliki oleh individu tertentu.

Namun, biarpun dia didesak dan dipaksa untuk mendedahkan identiti individu terbabit, Azwan enggan menyatakannya secara terbuka dan menganggap pihak media tau siapa yang dimaksudkan.

“Saya tidak boleh beritahu siapa individunya ia sangat sulit kena tunggu dan lihat. Saya rasa media boleh membuat spekulasi atau mentafsirkan siapa yang saya maksudkan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di perkarangan Ibu Pejabat SPRM selepas selesai memberikan keterangan dan serahan dokumen berkenaan.

Tapi yang kelakarnya, walaupun Si Azwan tu tidak mendedahkan nama dan identiti pemimpin terbabit, puak kartel Si Azmin tu dah mula menggelupor serta meroyan tak tentu arah.

Antara lain, kartel Timbalan Presiden PKR itu membuat dakwaan kononnya tindakan Si Azwan Ali itu mungkin memerlukan “kos yang cukup besar” dan ianya sengaja dirancang oleh pihak tertentu.

“Saya tidak pasti bukti apakah yang diserahkan namun semua ini seperti dirancang dengan ada pihak yang menulis skrip dan tentu saja ada pihak jadi pengarahnya. Barangkali kos ‘job’ ini juga besar,” katanya dipetik portal FMT.

Dari satu sudut, nanpak sangat dakwaan yang dibuat oleh kartel Si Azmin Ali itu membuktikan yang diorang cukup terdesak dan seolah – olah takut pada bayang – bayang sendiri. Maka sebab itu diorang menggelupor tak tentu arah!!!




Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: