February 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KEMAMAN: Kajian kenaikan kadar bayaran bagi permohonan lesen bot nelayan laut dalam kini berada di peringkat akhir sebelum dibentangkan di peringkat Kabinet.

Selain itu, kadar denda terhadap kesalahan turut dilihat dalam kajian tersebut.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, yuran lesen laut dalam yang dikenakan buat masa ini adalah terlalu rendah.

Oleh itu, beliau percaya perlu ada penambahbaikan kepada syarat permohonan.

“Sekarang ini, saya anggap kadar bayaran terlalu rendah, iaitu hanya RM3,000 setahun. Jadi, kita perlu lihat semula.

“Ini bertujuan untuk membendung masalah pencerobohan di kawasan larangan yang semakin berleluasa,” kata Ahmad Shabery.

Tambahnya, pencerobohan nelayan laut dalam ke kawasan pesisir pantai telah mengakibatkan nelayan pantai menanggung kerugian besar sepanjang tahun.

Dalam kejadian terbaru, nelayan di Kuala Paka, Terengganu serta Pengkalan Chepa, Kelantan hilang punca pendapatan apabila bubu dan unjam yang dipasang mereka musnah akibat kegiatan bot laut dalam.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: