February 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus



JOHOR BAHRU: Enam individu termasuk seorang wanita direman di Mahkamah Majistret Johor Bahru bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan seorang lelaki yang ditikam, dilanggar dan digilis di stesen minyak Taman Pelangi, Johor Bahru.

Majistret, Noor Aisyah Ahmad membenarkan reman seminggu bermula hari ini bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seskyen 302 Kanun Keseksaan.

BACA: Kes tikam dan gilis: Polis Johor tahan 2 suspek BACA: ‘Pembunuh BMW’: Nombor plat kereta palsu, 4 suspek diburu

BACA: Lelaki maut ditikam, dilanggar di stesen minyak di Johor Bahru

Pada Rabu, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd mengesahkan penahanan seorang lelaki dan seorang wanita berusia 19 dan 22 tahun.

Empat lagi lelaki berusia 20-an turut ditahan awal pagi pada Khamis lalu di sekitar Bandaraya Johor Bahru bagi membantu siastan kes sama.

Pada Ahad, mangsa, Tan Aik Chai, 44 tahun dilaporkan diserang empat lelaki ketika dia bersama isterinya sedang mengisi angin pada tayar kenderaan di Stesen Minyak Taman Pelangi kira-kira jam 7.30 malam.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas ditikam tepat di bahagian jantung sebelum digilis kereta mewah jenis BMW yang dipandu suspek.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: