February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR : Fokus Felda ketika ini adalah untuk menuntut semula keempat-empat lot tanah bernilai RM270 juta yang kini dimiliki oleh sebuah syarikat swasta.

Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata pihaknya telah melaporkan kepada polis 12 Disember lalu apabila percaya berlaku penipuan dalam proses pertukaran hak milik tanah di Jalan Semarak di sini.

BACA: ‘Saya terpegun begitu mudah untuk pindah milik tanah dalam institusi seperti Felda’ – Shahrir

Malah, pihaknya juga akan mengambil tindakan sivil kepada syarikat swasta berkenaan kerana dipercayai menyalahgunakan kuasa.

Jelasnya, sehingga kini Felda tidak menerima sebarang pembayaran hasil penukaran hak milik ke atas tanah strategik yang kini dimajukan dengan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC).

Dengar juta-juta tetapi satu sen pun (Felda) tidak dibayar

– Tan Sri Shahrir Abdul Samad

“Kita (Felda) telah beri surat kuasa wakil penuh (full power of attorney – PA) kepada syarikat swasta tersebut.

“Sudah tentu saya terpegun dengan isu ini apabila begitu mudah tanah dimiliki oleh institusi kerajaan dipindah milik, dengar juta-juta tetapi satu sen pun (Felda) tidak dibayar,” katanya pada sidang media di Menara Felda hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Razali Ibrahim; Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan dan Pembangunan JPM, Datuk Zainal Abidin Abu Hassan dan Pengarah Besar FELDA, Datuk Ab Ghani Mohd Ali.

Selain itu, katanya Felda akan menukar status kaveat persendirian yang didaftarkan pada 14 April lalu kepada kaveat pendaftar untuk mengukuhkan penguasaan pemilikan terhadap tanah itu.

BACA: Pindah milik tanah Felda: Tiada unsur rasuah, hanya kelemahan tadbir urus – SPRM

“FELDA hanya mengetahui penukaran hak milik tanah berkenaan pada Januari lalu dan terus membawa perkara berkenaan kepada Ahli Lembaga Pengarah sebelum mengusahakan untuk mendapatkan kaveat persendirian.

“Selepas membuat rayuan kepada Jabatan Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sehinggalah pada 14 April 2017, barulah FELDA dibenarkan meletakkan kaveat persendirian ke atas tanah berkenaan.

Felda tidak berminat untuk menjual tanah itu jika syarikat berkenaan mahu menjelaskan bayaran

– Tan Sri Shahrir Abdul Samad

Shahrir berkata, tanah yang ditukar hak milik itu membabitkan perjanjian jual beli (SPA) empat lot tanah dengan SPA pertama pada Disember 2015, manakala tiga lagi SPA pada November 2016.

SPA pertama membabitkan kawasan seluas 12,658 meter persegi bernilai RM54.5 juta); SPA kedua membabitkan 24,000 meter persegi pada harga RM96.982 juta; SPA ketiga (3,000 meter persegi / RM12 juta) dan SPA keempat (26,500 meter persegi / RM106.3 juta).

Mengulas lanjut, Shahrir berkata perkara utama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau sendiri, Lembaga Pengarah FELDA dan JPM adalah untuk FELDA menguasai semula tanah berkenaan walaupun wujud projek pembangunan di tanah itu.

“Sebab itu, usaha kami daripada Januari sampai April lalu ialah untuk kita dapatkan balik kuasa kepada tanah itu dan selepas perkara ini di bawa kepada Unit Kawal Selia JPM dan kemudiannya Jabatan Peguam Negara, pada 12 Disember lalu, FELDA membuat laporan polis terhadap kemungkinan berlaku penipuan dalam soal penukaran atau pemindahan hak milik tanah,” katanya yang memaklumkan kepada Perdana Menteri pada Februari lalu.

Beliau mendedahkan selaku pemegang PA, Synergy Prominade Sdn Bhd menjual tanah kepada pihak mereka sendiri.

“Sebagai pemegang PA, syarikat itu jual tanah kepada diri sendiri dengan jumlah nilai yang disebut itu, wakil FELDA tiada yang tandatangan (dokumen penjualan), dia jual sendiri kepada pihak dia,” katanya.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: