February 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus


“Hidup pun tak boleh! Mati pun tak boleh di Selangor,” itu kata setiausaha Pemuda MIC Kebangsaan, K Arvind selepas menegur tindakan Kerajaan Negeri Selangor terus merobohkan tempat ibadat, tempat tinggal, kedai dan tanah kuburan milik kaum India di negeri ini.

Menurutnya, rakyat India khususnya di Selangor tidak akan berdiam lagi dengan penderhakaan kerajaan negeri terhadap rakyat India di negeri ini.

“Dulu cerita (Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali) takkan nak roboh kuil. Tapi di Coalfields dia sampai roboh rumah orang india. Daripada kuil dah sampai nak roboh rumah India. Lepas itu sampai nak pecah kedai-kedai India. Tapi, kedai-kedai Bangladesh dan Indonesia dibiarkan,” kata Arvind kepada pegawai berita kepada Azmin Ali di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di Shah Alam hari ini.

Terdahulu, lebih 200 penganut Hindu hari ini membuat satu himpunan aman meminta Kerajaan negeri Selangor segera campur tangan dalam kemelut yang membabitkan sebuah kuil di USJ-Subang Jaya.

Dalam usaha menyelamatkan Kuil Seafield Maha Mariamman yang dikatakan berusia 126 tahun, penganut Hindu termasuk ahli MIC bersama beberapa NGO dan bekas pekerja Ladang Seafield berkumpul di hadapan Bangunan SSAAS yang lebih dikenali sebagai SUK Selangor seawal 9 pagi.

Mereka turut menyerahkan satu memorandum mendesak Menteri Besar Azmin supaya mencampur tangan untuk menyelamatkan kuil tersebut untuk terus kekal di tempat asal.

Selain menuntut Azmil untuk menyelamatkan agama dan sejarah kuil itu, mereka turut membawa plakad yang tertera laungan seperti ‘Selamatkan Kuil Kita’, ‘Azmin ‘KISS BYE’ to Indian votes’ dan  ‘We lost 16 temples, 5 Tamil Schools, 4 cemetery, at least leave this temple’.

Mengulas lanjut, Arvind mendesak kerajaan negeri supaya tidak menderhaka rakyat India di Selangor.

“Jangan hampakan orang India di negeri Selangor. Inilah teguran saya kepada MB Azmin Ali,” kata Arvind dipetik dari portal Beritadaily.

“Lagi satu, sampai kita nak bakar mayat pun dia tak nak bagi. Hidup pun tak boleh. Sembahyang pun tak boleh. Nak tidur rumah pun tak boleh. Nak makan kedai pun dia roboh. Nak buat business besi buruk pun dia dah roboh, Sekarang dia dah sampai kuil nak roboh,” tegas Arvind sambil menambah rakyat India di Selangor telah pun bangkit.

Untuk rekod, mengikut penduduk tempatan dikatakan telah menjadikan tapak itu sebagai tempat ibadat sejak sekurang-kurangnya 1891 sejak penubuhan Ladang Seafield.

Walau bagaimanapun kawasan kuil itu kini terletak di atas tanah persendirian selepas ia dibeli oleh One City Development Sdn Bhd pada tahun 2007.

Presiden jawatankuasa pengurusan kuil berkenaan, KK Chelapa berkata sebidang tanah yang lebih besar di USJ 23 telah diperuntukkan untuk menempatkan semula kuil itu, dengan One City Development bersetuju menyumbang RM1.5 juta sebagai kos pembinaan.

Namun, beberapa NGO bersama MIC muncul tiba-tiba dalam usaha mengekalkan ditapak asalnya.-21/12/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: