February 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menarik balik penyitaan lebih 10 juta tan bauksit di Pahang.

Ia selepas Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), Jabatan Geosains dan Mineral, serta kerajaan negeri setuju untuk perkenalkan peraturan baharu bagi mengekang salah laku dalam perlombongan bauksit.

Menurut kenyataan SPRM hari ini, peraturan itu juga diyakini dapat mengurangkan isu rasuah dan salah guna kuasa dalam aktiviti itu.

Penarikan semula arahan penyitaan bauksit itu bagi membolehkan pengusaha bauksit mengeluarkan timbunan bauksit dalam tempoh morotarium yang masih berkuatkuasa.

Sebelum itu, para pengusaha bauksit perlu menandatangi satu aku janji tidak akan terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasa untuk mendapatkan permit kebenaran (AP) yang diluluskan NRE.

Bagaimanapun, ia tidak bermakna perlombongan baharu dibenarkan di negeri itu.

Pada masa sama, SPRM akan bekerjasama dengan NRE dan kerajaan negeri dalam memantau pemindahan bauksit yang telah diluluskan dan memastikan tidak berlaku perlombongan baharu di kawasan yang tidak dibenarkan.

Melanggar peraturan itu dan terlibat dalam perlombongan tidak sah boleh dikenakan tindakan undang-undang yang tertakluk bawah Akta SPRM 2009 dan Kanun Keseksaan.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: