February 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR : Kadar caruman pekerja yang sebelum ini diturunkan kepada lapan peratus akan kembali ke 11 peratus bagi pekerja yang belum mencecah usia 60 tahun berkuat kuasa Januari 2018.

Manakala kadar caruman pekerja berusia 60 tahun ke atas adalah 5.5 peratus.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), majikan perlu memastikan jumlah caruman dipotong adalah betul daripada gaji mahupun upah pekerja dan diremitkan kepada KWSP berdasarkan kadar caruman baharu ini.

“Kadar caruman terkini bagi syer pekerja dan majikan boleh dirujuk di Jadual Ketiga, Akta KWSP 1991.

“Ahli yang ingin mencarum melebihi kadar berkanun 11 peratus atau 5.5 peratus boleh mengemukakan Borang KWSP 17A (AHL) atau Borang KWSP 17AA (AHL),” menurut kenyataan tersebut.

KWSP memaklumkan kadar caruman yang diturunkan kepada lapan peratus bermula Mac 2016 (caruman April 2016) akan tamat pada upah atau gaji bulan Disember 2017 (caruman Januari 2018).

Pengurangan kadar tersebut adalah berikutan pengumuman yang dibuat Kerajaan pada 2016 ketika pembentangan Semakan Semula Bajet 2016 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Untuk maklumat lanjut, ahli dan majikan boleh merujuk laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000, atau kunjungi mana-mana cawangan KWSP terdekat.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: