February 25, 2018
You can use WP menu builder to build menus



PENGURUS Manchester City tidak mahu sengketa dengan Manchester United berpanjangan.

Sejurus Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris memutuskan untuk tidak menghukum kedua dua kelab itu berikutan insiden pergaduhan 10 Disember lalu Guardiola menghulur salam kemaafan jika tindakan pemainnya dianggap keterlaluan oleh United.

“Jika kami salah, saya minta maaf kepada seluruh pasukan Manchester United. Itu bukan niat kami. Kami cuma mahu meraikannya di bilik persalinan,” jelas Guardiola.

Beliau bagaimanapun mempertahankan hak skuad The Citizens untuk meraikan kejayaan itu.

“Kami perlu menikmati saat ini. Jika ada yang tidak memahaminya maka saya perlu minta maaf. Kami memenangi aksi Derby,” ujar pengendali kelahiran Sepanyol itu.

Mourinho dalam reaksinya  menyifatkan insiden itu adalah persoalan mengenai perbezaan kelakuan dan pendidikan.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: