February 25, 2018
You can use WP menu builder to build menus


 

Seorang peguam mempertikaikan keghairan menunjuk perasaan untuk Palestin dan Rohingya tetapi memandang sepi pergolakan di Yaman.

art-harun_Yaman-war_600

PETALING JAYA: Seorang pengulas politik tempatan mempertikaikan
keghairahan mengadakan tunjuk perasaan solidariti untuk rakyat Palestin
tetapi meminggirkan rakyat Yaman.

Azhar Harun, peguam yang lebih dikenali dengan panggilan Art Harun
berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pimpinan lain
berhimpun dan membuat ucapan berapi-api mengenai nasib Rohingya dan
Palestin tetapi memandang sepi pergolakan di Yaman.

Beliau mengulas rancangan kerajaan menganjurkan tunjuk perasan untuk
rakyat Palestin di Masjid Putra, Putrajaya esok. Himpunan bukan politik
itu dijangka dihadiri kira-kira 10,000 orang termasuk parti pemerintah
dan pembangkang, NGO dan kumpulan agama.

Tunjuk perasaan itu dianjurkan sebagai respon kepada tindakan Amerika
Syarikat mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Najib,
Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang dan wakil kerajaan Palestin dijangka
akan berucap, diikuti pelancaran Tabung Palestin.

“Saya masih ingat perhimpunan serupa mengenai Rohingya tidak lama dulu. Ceramah berapi-api. Seperti kita akan berperang.

“Tetapi, mengapa tidak ada perhimpunan untuk orang Yaman yang menghadapi malapetaka besar?” tulisnya di Facebook hari ini.

Konflik Yaman melarat sejak Mac 2015 selepas Arab Saudi melancarkan
operasi ketenteraan ke atas negara itu, dalam usaha menyokong Presiden
Abd-Rabbu Mansor Hadi menghadapi pembangkang dan militan Houthi. Pejabat
Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB melaporkan seramai 7,500 orang
terbunuh dan 40,000 orang tercedera dalam konflik itu setakat Februari.

Ketua Setiausaha Hal Ehwal Kemanusiaan PBB Mark Lowcock dilaporkan
berkata dunia akan menyaksikan masalah kebuluran terbesar dalam sejarah,
membabitkan jutaan nyawa tidak berdosa, jika Arab Saudi tidak
mengakhiri sekatan ke atas negara itu.

Dalam pada itu, beliau turut mempertikaikan kesungguhan perdana
menteri dan kerajaan membantah tindakan Presiden AS Donald Trump.

“Sudahkah kita menghantar nota bantahan kepada Kedutaan AS atau
memanggil duta AS melalui saluran diplomatik biasa dengan protokol
diplomatik biasa dan memberikan teguran yang keras dan amaran tegas
kepada mereka?”



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: