February 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus


 

Beliau berkata mesyuarat Kabinet hari ini yang merupakan mesyuarat terakhir bagi tahun ini belum membincangkan perkara itu.

Hishammuddin-Keperluan-buka-kedutaan

KUALA
LUMPUR: Keperluan Malaysia buka kedutaan besar di Palestin dijangka
dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet akan datang, kata Menteri
Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Hishammuddin yang juga menteri tugas-tugas khas berkata pandangan
jemaah menteri serta pihak lain terutamanya dari aspek ekonomi dan
keselamatan, perlu diperoleh terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan
dibuat.

Beliau berkata mesyuarat Kabinet hari ini, yang merupakan mesyuarat terakhir bagi tahun ini, belum membincangkan perkara itu.

“Tunggu PM (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak) balik dahulu
(dari lawatan rasmi ke beberapa negara). Ini akan jadi agenda 2018,”
katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Hospital Angkatan
Tentera Tuanku Mizan di Wangsa Maju hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai cadangan Turki
membuka kedutaannya di Baitulmaqdis bagi mengiktiraf kota suci itu
sebagai ibu negara Palestin.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata semua pihak termasuk parti
pembangkang perlu menyertai Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis
di Masjid Putra, Putrajaya pada Jumaat ini memandangkan isu Palestin
sepatutnya merentasi pertimbangan politik.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini
berkata 250 badan bukan kerajaan (NGO) termasuk NGO bukan Islam serta
parti politik akan menyertai himpunan itu yang turut dihadiri Najib
serta Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Himpunan itu diadakan bagi membantah keputusan Presiden Amerika
Syarikat Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel
yang menimbulkan kemarahan dan kutukan masyarakat Islam seluruh dunia.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: