February 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus


NILAI: Bapa kepada murid lelaki berusia 11 tahun yang terbabit dalam kes Cikgu Azizan atau Azizan Manap, 44, tidak muncul pada sidang media dijanjikannya pagi Rabu.

Dia semalam (Selasa) memberitahu media yang bersedia memberikan penjelasan apa yang berlaku di kawasan luar Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Semarak di sini, antara pukul 9.30 ke 10 pagi.

Namun sehingga pukul 1.30 petang Rabu, dia tidak juga muncul dan akibatnya lebih 20 pengamal media terpaksa membuang masa menunggu lebih empat jam di sekolah berkenaan.

Malah lebih sembilan panggilan telefon yang dibuat sejak pukul 9.15 pagi tidak dijawab dan hanya pada pukul 12.30 tengah hari dia memberitahu yang berjanji mahu berjumpa dengan media.

Selepas itu dia tidak lagi menjawab panggilan telefon begitu juga dengan isterinya menyebabkan media membuat keputusan untuk pulang.

Pada Selasa media melaporkan, bapa murid terbabit berusia 50 tahun yang ditemui di rumahnya di Nilai memberitahu belum bersedia memberi sebarang kenyataan kerana berdepan pelbagai tekanan.

Katanya lagi, dia akan menjelaskan semuanya dalam sidang media diadakan pada Rabu. – Sinar Online

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the “Biographical Info” field in the user admin panel.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: