February 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus



SHAH ALAM: Laporan penuh bagi mengenal pasti punca kebakaran pusat jagaan orang tua di Sungai Long, Kajang, dijangka siap dalam masa terdekat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Azmi Osman memaklumkan kertas siasatan akan diserahkan kepada polis sebaik sahaja pihak forensik bomba selesai menjalankan tugas mereka.

Menurut beliau, siasatan mendapati, pemilik pusat jagaan itu tidak pernah menjalankan pemeriksaan keselamatan penuh ke atas rumah banglo dua tingkat itu, kerana baru memulakan operasi.

Sehubungan itu, pihaknya kini menggerakkan pasukan untuk melakukan lawatan pemeriksaan bersepadu ke atas pusat jagaan orang tua di negeri itu.

“Kita akan menyusun semula langkah dengan pihak berkenaan, ini bermakna pihak bomba perlu memastikan semua pusat jagaan orang tua melalui pemeriksaan keselamatan menyeluruh,” katanya yang ditemui di Majlis Malam Media, di Balai Bomba Kota Anggerik, Shah Alam. 

Dalam kejadian 13 Disember lepas, lima orang maut, dalam kebakaran di Pusat Jagaan Orang Tua Novel Care Home Centre.

Empat mangsa yang maut adalah warga emas berusia 60-an yang merupakan penghuni pusat tersebut sementara seorang lagi mangsa merupakan warden lelaki.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: