February 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus



IPOH: Tindakan seorang lelaki yang cuba membantu beberapa rakannya melepasi pemeriksaan Jabatan Imigresen  dengan merasuah pegawai penguat kuasa jabatan itu akhirnya membawa padah.

Lelaki terbabit dihukum penjara tujuh hari dan denda RM10,000 selepas mengaku bersalah memberi rasuah RM90 kepada pegawai Imigresen pada Mac lalu.

Hakim S.Indra Nehru menjatuhkan hukuman tersebut terhadap ahli perniagaan, Lim Choon Chuan, 36, selepas dia mengaku bersalah memberi rasuah kepada pegawai Imigresen, Mohd Hamizan Mohamad Azlan sebagai dorongan melepaskan tertuduh bersama tiga yang lain melepasi Kaunter Kereta Keluar 1, Pejabat Imigresen Pengkalan Hulu.

Tiga yang lain adalah Lee Yee Meng, Teo Kian Soon dan seorang wanita warga Vietnam, Nguyen Thi Kim Ngoc.

Ketika kejadian, Kian Soon tidak dibenarkan ke luar negara kerana muflis manakala wanita warga Vietnam berkenaan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Dia dituduh mengikut Seksyen 17 (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa R Kumuthambal manakala tertuduh diwakili peguam Khong Jia Luo.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: