February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus



PENGACARA Nabil Ahmad menurunkan ilmu kepada pelakon Ungku Hariz cara-cara membancuh susu untuk isterinya, Jihan Muse.

Sebagai ibu hamil yang aktif bekerja, Jihan memerlukan tenaga serta nutrisi untuk menyokong kehamilannya.

Bagi memastikan semua keperluan itu mencukupi Ungku Hariz sanggup menghantar susu Anmum Materna ke tempat kerja Jihan.

Jihan yang ketika itu bersama Nabil terkejut dengan kehadiran Ungku Hariz.

Tanpa membuang masa Ungku Hariz terus membancuh menggunakan susu Anman Materna pek stik sambil meminta tunjuk ajar daripada Nabil yang sudah mempunyai dua orang anak.

Anmum Materna merupakan satu-satunya susu pra-natal tanpa gula tambahan dan rendah lemak yang dirumus khas untuk wanita hamil.

Probiotik DR10™ yang boleh didapati dalam Anmum Materna juga telah diuji secara klinikal untuk mengekalkan kesihatan usus.

Dengan hanya meminum dua gelas sehari, Anmum Materna memberikan nutrien penting seperti Kalsium, Folat dan Zat Besi untuk membantu menyokong kehamilan Jihan.  

Adakah Ungku Hariz berjaya membancuh susu khas buat Jihan? Apakah reaksi Jihan selepas meminumnya?

Semuanya dapat disaksikan dalam Hi Mommy Jihan!

Jangan lupa menonton rancangan terbaru ini bermula 7 Disember 2017, setiap Khamis dan Jumaat pada jam 9 malam di laman YouTube MeleTOP.

Anda juga boleh menonton Hi Mommy Jihan di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) bermula 11 Disember 2017, setiap Isnin pada jam 10.55 malam.

Jika anda terlepas menyaksikan episod baru pada Isnin, anda masih boleh menyaksikan ulangannya pada hari Jumaat pada 7.55 petang.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: