February 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUANTAN: Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) tidak akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung larangan memohon Lesen Kelab AFC selama dua tahun.

PBNP dalam satu kenyataan berkata, mereka terpaksa menerima keputusan itu yang diputuskan jawatankuasa berkenaan. 

“PBNP masih berpegang pada keyakinan bahawa persatuan tidak melakukan sebarang kesalahan,” kata kenyataan ringkas itu.

Hari ini, media melaporkan keengganan Pahang untuk mewakili Malaysia ke kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim depan, membawa padah apabila dikenakan tindakan larangan itu.

Larangan itu membabitkan permohonan tahun depan dan 2019 sekali gus menyaksikan skuad Tok Gajah tidak akan mewakili negara ke Liga Juara-Juara Asia 2019 dan 2020.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Baljit Singh Sidhu berkata Pahang melanggar Artikel 14 (obligasi ahli) Statut FAM dengan gagal mematuhi arahan FAM untuk mendaftarkan pasukan untuk bermain dalam pertandingan itu, walaupun menduduki tempat kedua Liga Super 2017 dan mempunyai kelulusan Lesen Kelab AFC yang melayakkan skuad Tok Gajah beraksi pada saingan peringkat benua itu.

BACA: TMJ harap hukuman ke atas Pahang diringankan

“Mengikut peruntukan Artikel 14 Statut FAM, obligasi ahli menuntut pasukan mematuhi sepenuhnya statut, peraturan, arahan dan keputusan FIFA, AFC dan FAM pada setiap masa.

BACA: Skuad Tok Gajah dilarang mohon lesen Kelab AFC selama dua tahun bermula 2018 – FAM

“Pahang juga diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan sama, namun keputusan ini boleh dirayu,” katanya.

Pahang dipilih mewakili Malaysia dalam saingan Piala AFC musim depan bagi menggantikan Kedah, namun menolak pelawaan itu dengan alasan mahu memberi fokus kepada kejohanan domestik. – BERNAMA 



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: