February 25, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Rakyat  khasnya kaum India sudah sedar hanya kerajaan Barisan Nasional (BN) mampu memberikan pembelaan dan pemerintahan yang lebih berkesan kepada rakyat.

Ahli Parlimen Tapah, Datuk M. Saravanan berkata, buktinya  ramai kaum itu yang sebelum ini menyertai pembangkang sekarang sudah pulang ke `pangkal jalan’  dengan memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada BN pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Dulu  kaum India ramai yang terpengaruh dan termakan fitnah dan tohmahan pembangkang atas beberapa isu yang mereka tidak puas hati namun ternyata hari ini mereka sudah sedar dari `mimpi’ kerana segala fitnah dan tohmahan pembangkang berhubung isu-isu yang dilemparkan jelas palsu belaka.

“Rakyat khasnya kaum India terutama golongan generasi muda hari ini bijak kerana mereka dapat menilai rekod bersih kerajaan BN dalam membela nasib masa depan kaum itu dalam pelbagai bidang antaranya pendidikan, peluang perniagaan, pembinaan sekolah tamil dan rumah-rumah ibadat,”  katanya kepada Agendaily  pada Jumaat.

Selain itu, katanya,  rakyat Pulau Pinang mendapat perhatian dan pembelaan semasa berlaku banjir besar di pulau itu baru-baru ini merupakan satu contoh betapa kerajaan BN mendahulukan kepentingan rakyat yang amat mendesak ketika ditimpa bencana banjir.

Ditanya mengenai peluang BN menghadapi parti-parti pembangkang di Parlimen Tapah menjelang PRU ke-14, katanya, beliau optimis BN dijangka menang bergaya pada PRU ke-14 nanti.

Menurut Saravanan rakyat dan pengundi Tapah masih tetap menghargai jasa dan pengorbanan pemimpin BN khusus wakil-wakil rakyat  yang mewakili kerusi Parlimen Tapah, DUN Air Kuning dan Chenderiang.

“Maka tidak hairan jika Parlimen Tapah dilihat sebagai kubu kuat BN.” katanya kepada Agendaily pada Jumaat.

Beliau mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa wakil-wakil rakyat dan pemimpin sedia ada di Parlimen Tapah  merupakan pemimpin yang sentiasa memberi khidmat terbaik kepada rakyat dan bukan `bermusim’.

Katanya, situasi ini memberi harapan buat BN mengekalkan kemenangan bergaya bagi kerusi Parlimen Tapah, kerusi DUN Air Kuning dan Chenderiang dalam PRU ke14 kelak.

“Kita bukan pemimpin yang mencari pengundi setiap kali semakin hampir pilihan raya tetapi sentiasa bersama rakyat dengan mendengar permasalahan mereka dan mengambil tindakan pantas membantu mereka.

“Hubungan kami sebagai wakil-wakil rakyat dengan warga Tapah amat erat dan jitu sekaligus memantapkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dalam Parlimen Tapah ini,’’ katanya.

Menurut Saravanan, jika dilihat pada hari ini berbanding sebelumnya telah berlaku pelbagai perubahan dari segi infrastruktur di Tapah yang merupakan satu-satunya Parlimen yang hampir semua kawasan perumahan dilengkapi  dengan kemudahan asas melalui bantuan wakil-wakil rakyatnya.

Beliau memberikan perkampungan orang Asli dalam Parlimen Tapah ini yang satu ketika dulunya tiada dewan orang ramai, tiada bekalan api, air dan jalan-jalan kampung tapi hari ini semua kemudahan asas telah kerajaan BN sediakan buat mereka.

Untuk rekod P072 Tapah : M Saravanan- BN (20,670)

K Vasantha Kumar- PKR (12,743)

Ridzuan Bani- Bebas (337)

Shaharuzzaman Bistamam- Bebas (2,053)

Menang- BN dengan majoriti 7,927 undi

N47 Ayer Kuning : Samsudin Abu Hassan- BN (11,094)

Ahmad Razi Othman- PAS (7,609)

M Kathiravan- Bebas (297)

Menang-BN dengan majoriti 3,485 undi

Calon BN  N46 Chenderiang, Datuk Dr. Mah Hang Soon menang dengan majoriti 4,764 undi. Beliau mendapat (10,866) undi menewaskan calon PKR, Amani Williams Hunt Abdullah- PKR (6,099) undi.-19/12/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: