February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Apakah sebenarnya Tun M mahu dengan menyaman ahli Suruhanjaya Siasatan di Raja (RCI)? Jika diteliti Seksyen 21, Akta Suruhanjaya Siasatan 1950, ahli Suruhanjaya tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang. Jelas tindakan samannya untuk mengatakan laporan RCI tidak sah pasti akan gagal.

Berdasarkan ini, saman itu dilihat sebagai penyalahgunaan proses mahkamah untuk kepentingan politiknya yang tergugat setelah RCI mengesyorkan polis menyiasatnya atas kerugian RM31.5 bilion (sekarang bernilai RM100 bilion) oleh Bank Negara pada awal 1990an.

Ramai yang kecewa dengan sikap Tun M yang patut mempamerkan politik matang. Dia semakin gemar taktik populis yang jelas tidak akan membawa apa-apa kebaikan pada rakyat dan negara.

Jika Tun M benar-benar ikhlas, dia tidak patut memberi jawapan “sudah lupa” dan “tidak tahu” ketika memberi keterangan di RCI. Tiada siapa yang perlu dipersalahkan melainkan dirinya sendiri.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: