February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus



SHAH ALAM : Sindiket penyeludupan dadah dikesan menggunakan modus operandi baharu dengan menjadikan remaja bawah umur sebagai keldai dadah.

Ia susulan penahanan seorang remaja berusia 16 tahun yang membawa dadah jenis syabu seberat 4.1 kilogram bernilai RM292,000 yang diikat pada badan mereka.

Menurut Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab Rashid Ab Wahab, remaja berkenaan ditahan bersama seorang lelaki berusia 39 tahun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 13 Disember lalu.

“Susulan penahanan suspek, sepasukan anggota polis kemudiannya melakukan beberapa siri serbuan di Petaling Jaya dan menahan 17 individu termasuk dua remaja perempuan berusia antara 14 hingga 21 tahun.

“Modus operandi mereka menggunakan remaja bawah umur untuk membungkus dadah sebelum bahan terlarang berkenaan dibawa ke luar negara dengan mengikatnya pada tubuh mereka.

“Sindiket juga menyediakan kemudahan seperti tempat tinggal, pakaian dan pengangkutan untuk bergerak dari hotel ke lapangan terbang,” katanya.

Tambah Ab Rashid, sindiket turut menggunakan beberapa rumah transit bertujuan menyediakan keldai dadah selain bagi mengelak kegiatan mereka dihidu pihak berkuasa.

Sindiket dikesan bergerak aktif sejak beberapa bulan lalu sekitar Lembah Klang.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: