February 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus



BAITULMAQDIS: Ugutan dari Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk menyekat dana kepada negara yang menentang pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dikecam ramai pihak dan disifatkan sebagai satu tindakan buli.

Perunding utama bagi Palestin Saeb Erekat berkata ugutan dari AS itu memalukan bagi komuniti antarabangsa.

“Sepanjang sejarah manusia, kuasa membawa tanggungjawab yang besar, jadi, untuk bertindak menentang undang-undang antarabangsa dengan ugutan merupakan suatu perkara yang amat memalukan.

“Walau bagaimanapun, kami berterima kasih kepada negara yang masih menyokong walaupun telah diugut,” kata beliau.

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah isytihar keputusan Amerika Syarikat (AS) iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel sebagai tidak sah dan terbatal.

Dalam satu pengundian, 128 negara menolak keputusan AS itu, dengan sembilan lagi negara menyokong.

35 negara lain mengambil pendirian berkecuali dalam sesi undian tersebut, manakala wakil 21 negara tidak hadir.

Pengundian yang berlangsung pada Khamis disifatkan satu kemenangan untuk Palestin, biarpun ia mencatat sokongan lebih rendah, berbanding 150 yang dijangka sebelum ini.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: