February 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus



BAGI yang sudah menonton episode ke-8 Star Wars: The Last Jedi pasti sudah tahu perubahan ketara pada watak Luke Skywalker.

Tempoh tiga dekad antara pelengkap trilogi pertama Star Wars: Return of the Jedi dan Star Wars: The Last Jedi menyaksikan sisi berbeza Luke yang semakin hilang keyakinan kepada pegangannya selama ini.

Luke mengasingkan diri daripada galaksi di sebuah pulau terpencil dan tidak lagi teruja membantu perjuangan Resistance menentang kejahatan.

Bukan lagi Luke yang dulu

Tidak hanya penonton yang kecewa dengan perubahan sikap Luke ini malah nama yang cukup sinonim dengan watak ini Mark Hamill turut merasakan perkara sama.

“Ini bukan Luke Skywalker saya,” kata Hamill dalam wawancara bersama saluran Youtube Jar Jar Abrams.

Pelakon berusia 66 tahun itu turut berkongsi bagaimana dia cuba menjelaskan mengenai falsafah Jedi kepada pengarah Star Wars: The Last Jedi, Rian Johnson.

“Saya beritahu kepada Rian, Jedi tidak akan berputus asa. Jika Jedi berdepan masalah, dia akan ambil masa untuk bersatu bagi menyelesaikannya.

“Jika dia membuat kesilapan dia akan perbetulkannya,” jelas Hamill merujuk kepada karekter sebenar Jedi mengikut idea asal pencipta watak itu George Lucas.

Meskipun sukar untuk ditelan, Hamill terpaksa akur kehendak pengarah yang mahu beri tumpuan kepada watak baharu sebagai penggerak utama naskhah terbaharu kisah perang yang tidak berkesudahan itu.

“Jadi di sini ada perbezaan ketara pada asasnya namun ia bukan lagi kisah mengenai saya, ia kisah orang lain dan Rian perlukan saya bagi memastikan kesudahannya memberi kesan.”

Wajah baharu Star Wars

Hamill juga berharap penonton memberi peluang kepada generasi baharu untuk menetukan hala tuju naskhah Star Wars selepas ini.

“Dengar, saya masih tidak dapat menerima ini sepenuhnya. Bagaimanapun ia cuma sekadar filem. Saya harap penonton sukakannya. Saya harap mereka tidak sedih dan saya percaya Rian adalah individu yang mereka perlukan untuk filem ini,” jelas Hamill dalam nada agak kecewa.

Video jawapan Hamill mengenai perkara ini boleh ditonton di sini:



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: