February 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus



ISTANBUL: Turki mengeluarkan larangan sambutan tahun baru 2018 diadakan di mercu tanda negara itu di Taksim Square.

Arahan larangan itu dikeluarkan susulan beberapa kejadian keganasan berlaku di kawasan tumpuan pelancong terbabit beberapa tahun kebelakangan ini.

Ketua Polis Daerah Beyoglu, Ismail Kilic berkata kawalan keselamatan di kawasan tumpuan pelancong dan orang ramai terutama di Taksim Square kini dipertingkatkan.

“Kawalan keselamatan akan ditingkatkan ke tahap tertinggi bagi menghadapi sebarang kejadian serangan.

“Pada sambutan tahun baru yang lalu kita telah menyaksikan 39 orang maut akibat serangan di Istanbul.” jelasnya.

Sambutan tahun baru 2017 yang lalu, sekurang-kurangnya 39 orang terbunuh dalam serangan yang dilancarkan kumpulan militan Kurdish di sebuah kelab malam di Istanbul.

Sebelum kejadian penyerang telah menyamar sebagai pelancong di Taksim Square sambil memegang peralatan swafoto dan kemudian melancarkan serangan.

Siasatan lanjut ke atas penyerang mendedahkan kawalan keselamatan di kawasan tumpuan pelancong terbabit longgar hingga penyerang berjaya melancarkan serangan dan meloloskan diri.

Militan daish mengaku bertanggungjawab atas serangan yang turut mengorbankan 27 pelancong dari Lubnan, Arab Saudi, israel, Iraq dan Maghribi.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: