February 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus



MELAKA: Perkhidmatan Monorel Melaka di Jalan Tun Ali di sini, berjaya menarik hampir 10,000 pelancong tempatan dan asing sejak dibuka semula pada 4 Dis lepas, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.

Produk pelancongan itu digantung perkhidmatannya pada 2013 akibat masalah teknikal.

Beliau berkata pengendali perkhidmatan itu, Monorail Theme Park and Studios Sdn Bhd, turut mengunjurkan keuntungan kasar tahunan produk pelancongan terbaharu itu berjumlah kira-kira RM1.2 juta dengan kerajaan negeri menikmati pulangan sebanyak 5.0 peratus setahun.

“Pembukaan semula operasi monorel itu membabitkan peruntukan daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sebanyak RM13.2 juta selain peruntukan tambahan MBMB (Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah) sebanyak RM8.7 juta.

“Aspek penyelenggaraan perlu diutamakan bagi mengelak sebarang masalah teknikal yang boleh menjejaskan operasi dan merugikan pelaburan terbabit,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan operasi ‘Monorel Tour Ride’ di stesen Tun Ali, hari ini.

Turut hadir Timbalan Exco Pelancongan, Pembangunan Sungai, Pantai dan Pulau-Pulau Melaka Datuk Ghazale Muhamad dan Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Hussin.

Mengulas selanjutnya, Idris berkata, setakat ini perkhidmatan monorel itu beroperasi secara sehala dengan tiga gerabak membawa kira-kira 650 penumpang sehari.

Jumlah itu bagaimanapun dijangka meningkat susulan pertambahan gerabak baharu pada Januari ini.

Penumpang perkhidmatan itu berpeluang menyaksikan pelbagai tarikan pelancongan di sepanjang laluan sejauh tiga kilometer itu seperti Sungai Melaka, Melaka River Cruise dan Kampung Morten dalam masa 25 minit.

— BERNAMA



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: