February 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Polis telah menahan 20 orang dipercayai terlibat dengab kumpulan pengganas dalam operasi antara 30 November hingga 15 Disember lalu di Kuala Lumpur, Johor, Selangor dan Sabah.

Mereka yang berusia antara 16 hingga 50 tahun  terdiri daripada tujuh warga tempatan, tujuh warga Filipina, lima warga Indonesia dan seorang warga Afrika.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dalam satu kenyataan Jumaat memberitahu operasi itu dijalankan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas PDRM.

“Seorang daripada suspek yang berusia 24 tahun merupakan pemimpin kanan kumpulan Jamaah Ansharut Daulah (JAD) yang merancang mengumpul dana di Malaysia sebelum berlepas ke Syria untuk menyertai kumpulan pengganas Daesh.

“Suspek juga terlibat dalam insiden pengeboman di Bandung pada Julai lalu sebelum menyusup masuk ke negara ini bagi mengelak ditangkap pihak berkuasa Indonesia,” katanya-22/12/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: