February 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus



SANDAKAN: Sebanyak 57 rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Kampung Sundang Laut Batu Sapi dekat sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Mohd Razali Awang Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 1.37 tengah hari tadi.

Katanya operasi memadamkan kebakaran membabitkan 19 pegawai dan anggota bomba menggunakan empat jentera, dan api dapat dikawal daripada terus merebak ke rumah berhampiran pada 3.22 petang.

Beliau berkata pihaknya menggunakan sumber air daripada jentera bomba untuk memadamkan api.

Katanya tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu, manakala punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Kira-kira 250 penghuni rumah setinggan itu tinggal sehelai sepinggang berikutan api merebak dengan cepat menyebabkan mereka gagal menyelamatkan barangan dalam rumah. — Bernama



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: