February 25, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang semakin tersisih daripada pimpinan tertinggi Pakatan Harapan sejak ‘kedudukannya’ diambil alih oleh Tun Mahathir Mohamad mungkin kekurangan maklumat berhubung pendirian Malaysia dalam isu Baitulmaqdis.

Beliau dalam satu kenyataan dari dalam penjara yang disiarkan Biro Komunikasi PKR hari ini entah mengapa boleh mengeluarkan kenyataan mendesak kerajaan Malaysia supaya membantah keputusan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

“Berita tentang keputusan angkuh Presiden AS, Donald Trump yang menyerahkan kota suci Baitulmaqdis kepada rejim Israel wajar dibantah umat Islam dan rakyat yang cintakan keadilan.

“Dengan itu, saya menggesa kerajaan Malaysia membantah keputusan AS sekeras-kerasnya. Perjuangan rakyat Palestin adalah perjuangan mempertahan hak rakyat yang diusir dari tanah air mereka sendiri oleh rejim Israel,” katanya.

Walhal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Disember lalu dengan tegas mengumumkan Malaysia menolak sekeras-kerasnya cadangan AS untuk menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Rakyat Malaysia diketuai Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar kemudian mengadakan tunjuk perasaan secara aman di pekarangan Kedutaan AS pada 8 Disember lalu.

Malah, satu Himpunan Putih Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis secara besar-besaran akan diadakan di Masjid Putra, Putrajaya esok yang akan dilancarkan oleh Najib.

Paling menarik, dua parti terbesar kaum Melayu negara ini iaitu UMNO dan PAS akan berganding bahu dalam perhimpunan tersebut bagi menyatakan sokongan ke atas Palestin.-22/12/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: