February 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KOTA KINABALU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kota Kinabalu berjaya menyelamatkan tujuh daripada sembilan nelayan tempatan yang dilaporkan hanyut selama lima hari selepas bot pancing dinaiki mereka karam di perairan Pulau Mantanani, Kota Belud, semalam.

Pengarah Maritim Daerah Kota Kinabalu Laksamana Pertama Maritim Adam Aziz berkata, ketujuh-tujuh lelaki berusia antara 28 dan 52 tahun itu ditemui lima batu nautika barat laut di perairan pulau berkenaan oleh sepasukan anggota maritim kira-kira jam 8.30 malam Khamis.

Beliau berkata, kesemua mangsa ditemui bergayut di batang kayu balak dalam keadaan lemah serta kejang sebelum dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan lanjut dan kemudiannya ke Wisma APMM Kota Kinabalu.

Mangsa yang terselamat dalam kejadian itu dikenali sebagai Saudi Saldi, 28 tahun, Noradin Bihi (33), Tadura Subing (35), Razpauzi Nasi (35), Noradin Majiki (38), Rubi Akpara (50) dan Abdul Si Misil (52).

Manakala dua lagi mangsa yang masih dilaporkan hilang adalah Dimas Tampas, 50-an, serta Moso, 40-an.

Operasi mencari kedua-dua lelaki itu masih giat dijalankan dengan menggunakan aset Kapal Maritim (KM) Berani dengan bantuan pemantauan udara daripada pihak Pasukan Gerakan Udara (PGU).



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: