February 25, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Ayam tambatan skuad Lang Merah, Baddrol Bakhtiar dinobatkan Pemain Paling Bernilai bagi musim 2017 dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan tahun ini.

Baddrol pada masa turut membawa pulang anugerah Pemain Tengah Terbaik serta Penjaring Terbanyak sepanjang musim lalu.

Lebih manis lagi apabila Kedah turut memenangi enam anugerah lain dalam majlis yang diadakan di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor.

Sementara itu, pemain Selangor, Adam Nor Azlin dianugerahkan Pemain Muda Harapan manakala pemain Negeri Sembilan yang dipinjamkan kepada Felcra FC, N. Thanabalan mengondol Anugerah RTM Pemain Paling Mesra.

Juara Liga Super 2017, Johor Darul Ta’zim (JDT) bagaimana pun hanya memenangi satu anugerah menerusi Mohamad Ghaddar yang dinobatkan sebagai Penjaring Terbanyak Liga Super (Import).



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: