February 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus


PETALING JAYA: Tiada siapa yang mahukan percutian bersama keluarga tercinta akan berakhir dengan peristiwa tidak dingini.

Lebih menyedihkan, jika sesuatu yang buruk itu menimpa insan disayangi yang sudah berusia dan tidak pernah menunjukkan petanda mengalami masalah kesihatan, apatah lagi penyakit kritikal sebelum ini.

Kisah yang menimpa Abdul Manaf M Noh tular di media sosial kira-kira dua minggu lalu lalu, namun selepas 19 hari dimasukkan ke wad sebuah hospital di Korea, pihak keluargannya masih berdepan masalah untuk melangsaikan kos rawatan yang meningkat setiap hari.

“Kami harap ada pihak tak kiralah yang berkaitan politik atau badan bukan kerajaan (NGO) yang dapat membantu ayah saya bagi meringankan beban kami dan dapat menguruskan proses untuk membawa ayah balik ke tanah air.

“Memang ada organisasi yang melakukan operasi penyelamatan perubatan, tetapi kosnya terlalu tinggi,” begitu luahan anak lelaki bongsu Abdul Manaf M Noh ketika dihubungi mStar Online.

Abdul Manaf dan anak-anaknya bercuti ke Korea pada awal bulan ini dan mengalami masalah kesihatan seperti muntah-muntah sebelum dikejarkan ke hospital di Seoul.

Pihak hospital menjalankan pemeriksaan imbasan Computed Tomography (CT) dan mendapati warga emas yang berusia 81 tahun itu mengalami ‘aortic dissection’.

Kata Mahfiz Abdul Manaf, 40, bapanya telah menjalani dua pembedahan iaitu bagi mengganti salur aorta yang telah koyak dan pembedahan susulan yang terpaksa dilakukan berikutan terdapat pendarahan di dalam rongga dada (chest cavity).

“Jumlah bil terkini telah pun mencecah RM800,000 dan kami adik beradik telah membuat pembayaran sebanyak RM300,000 menggunakan wang simpanan sendiri.

“Jumlah sumbangan daripada sanak saudara dan orang awam yang diterima pula sebanyak RM162,000 dan kami masih memerlukan sumbangan untuk menjelaskan kos rawatan yang tinggi di sini,” katanya yang sedang berada di Korea untuk mengawasi keadaan bapanya.

Tambahnya, pihak keluarga terpaksa menunggu keadaan bapanya beransur pulih sebelum dapat menerbangkan bekas jurutera yang pernah berkhidmat dengan agensi kerajaan itu pulang ke negara ini.

“Kami kena tunggu sehingga hospital membenarkan ayah keluar dan kesannya adalah bil perubatan yang semakin meningkat iaitu sekitar RM15,000 hingga RM25,000 sehari.

“Kami tidak pasti sampai bila ia akan berlarutan tapi menganggarkan lebih kurang sebulan lagi atau lebih daripada itu sekaligus menjadikan bil akan bertambah sebanyak RM750,000 lagi. Ini tidak termasuk kos penerbangan dan rawatan perubatan sepanjang berada di dalam pesawat,” ujarnya sebak.

Sehubungan itu, orang awam yang ingin membantu keluarga ini boleh menyalurkan bantuan ke akaun Maybank abang Mahfiz iaitu Azman Abdul Manaf yang bernombor 014123115825.

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the “Biographical Info” field in the user admin panel.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: