February 25, 2018
You can use WP menu builder to build menus



PUTRAJAYA: Dalam usaha menangani trend penghidap penyakit tidak berjangkit yang menunjukkan peningkatan, kerajaan kini memfokuskan kepada pelaksanaan polisi bagi mewujudkan persekitaran hidup sihat dalam masyarakat.

Bagi tujuan itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, 13 polisi ke arah persekitaran hidup sihat telah dibincangkan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Ke Arah Persekitaran Hidup Sihat (JKPHS) hari ini.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, trend penghidap penyakit tidak berjangkit atau non-communicable disease (NCD) menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya.

Keadaan ini memerlukan intervensi di peringkat kanak-kanak supaya pembudayaan gaya hidup sihat dapat dibentuk dari usia yang muda, katanya dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Mesyuarat JKPHS membincangkan status pelaksanaan setiap daripada 13 polisi bagi tempoh 2018 hingga 2019, kata Ahmad Zahid.

Jawatankuasa itu merupakan satu-satunya Jawatankuasa Kabinet yang bertindak sebagai platform bagi membincangkan dan mengenalpasti tindakan susulan bagi menangani NCD.

Ia ditubuhkan pada 2011 dan dianggotai 13 kementerian.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: