February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus



BAYAN BARU: Polis telah menubuhkan satu pasukan siasatan khas berhubung kes penipuan dalam urusan penukaran hak milik tanah milik Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, pasukan itu sedang mengumpul maklumat dan mengenal pasti individu yang akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Katanya, beberapa individu akan dipanggil untuk dirakam keterangan termasuk bekas pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad.

“Kita telah wujudkan pasukan khas untuk jalankan siasatan dalam usaha kumpulkan maklumat daripada Felda dan ada yang akan dipanggil keterangan selain dia (Isa). Kalau ada sesiapa lagi, kita akan panggil. Kita sudah buat kajian dan kaji latar belakang kes dan rancang apa tindakan lanjut. Kita akan susuli dengan tindakan rakam percakapan. Kita akan lihat mana arah tuju,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program kayuhan amal anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bayan Lepas, Pulau Pinang Jumaat malam.

Noor Rashid berkata, polis telah menerima satu laporan yang dibuat oleh pengurusan Felda berhubung perkara berkenaan.

Kes disiasat sebagai penipuan dan pemalsuan dokumen mengikut Seksyen 420 dan 471 Kanun Keseksaan.

Pada 12 Dis lalu, Felda telah membuat laporan berhubung kemungkinan berlaku penipuan dalam urusan penukaran hak milik tanah miliknya di Jalan Semarak, oleh syarikat Synergy Prominade Sdn Bhd.

Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad membuat pendedahan tersebut sebaik dilantik menerajui jawatan itu Januari lalu.

Perkara tersebut telah pun dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Februari lalu.

BACA: Isu tanah Jalan Semarak: ‘Ada gerakan mahu menyeleweng Felda’

BACA: Felda yakin dapat kembali hak milik tanahnya di Jalan Semarak

BACA: Tanah Felda: Anak gesa lebih banyak laporan polis, SPRM dibuat

BACA: ‘Saya terpegun begitu mudah untuk pindah milik tanah dalam institusi seperti Felda’ – Shahrir

BACA: Felda ditipu: Jual tanah, tapi tak dapat duit



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: