February 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Isu hak milik empat bidang tanah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di Jalan Semarak bukan sahaja masalah salah tadbir namun gerakan pihak-pihak tertentu yang berniat untuk menipu dan menyeleweng.

Ketua Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, langkah itu dilakukan melalui tindakan strategi korporat dan dalam pada yang sama mengaburi kepimpinan tertinggi Felda.

“Kita yakin ada unsur penipuan dalam isu tanah Felda di Jalan Semarak. Kita juga amat terkejut dan kecewa terhadap isu terbaru tanah Felda ini yang bakal hilang kepada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan pada masa sama menyebabkan kerugian yang cukup besar kepada Felda.

“Kita sangat bimbang sekiranya perkara ini tidak diselesaikan dengan segera, rakyat akan kembali melontarkan persepsi negatif yang bakal sukar ditangani oleh kerajaan dan parti.

“Namun, apa yang terjadi adalah terlalu besar dan ianya perlu ditangani dgn kadar segera dan terbuka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Shaiful mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Melayu mengenai risiko Felda kehilangan hak ke atas sebidang tanah di Jalan Semarak bernilai kira-kira  RM270 juta ekoran pemindahan hak milik pada 2015 yang didakwa ‘meragukan’.

BACA: Felda yakin dapat kembali hak milik tanahnya di Jalan Semarak BACA: Tanah Felda: Anak gesa lebih banyak laporan polis, SPRM dibuat

Dalam pada itu tegasnya, sudah terlalu banyak isu dan kontroversi menyelubungi Felda dan rakyat sudah tentu mengharapkan kerajaan dengan segera menyelesaikan kemelut itu dengan lebih tegas tanpa melindungi sesiapa yang bertanggungjawab.

“Kita mencadangkan agar pihak jawatankuasa tertinggi Felda mewujudkan sebuah jawatan kuasa inkuiri bagi membawa pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

“Kita yakin, rakyat perlu jawapan yang penghabisan akan kemelut Felda yang bakal memberi krisis kredibiliti terhadap UMNO dan Barisan Nasional.

“Hakikatnya rakyat sudah letih dan muak akan kemelut dan salah tadbir urus Felda ini. Frasa ‘enough is enough’ adalah yang terbaik bagi gerakan yang seterusnya,” ujarnya.

Tambahnya, Kerajaan dan parti perlu membuat keputusan yang tegas walaupun sukar demi mengembalikan keyakinan rakyat dan para peneroka.

“Kita yakin Felda akan terus menerus menjadi kudis dan bisul dalam kerajaan dan parti sekiranya ianya tidak ditangani dengan segera dan tegas,” jelasnya.

Shaiful juga menyambut baik tindakan dan azam Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad yang berjanji akan mengembalikan tanah Felda Jalan Semarak dan ianya amat bertepatan dengan masa dan keadaan.

“Namun, kita mendesak agar Shahrir  melindungi individu-infividu tertentu yang membenarkan keputusan merugikan dan tidak bertanggungjawab ini.

“Hakikatnya, tindakan Shahrir ini bakal menentukan keputusan rakyat untuk PRU yang akan datang,” tegasnya.

BACA: Felda ditipu: Jual tanah, tapi tak dapat duit

BACA: ‘Saya terpegun begitu mudah untuk pindah milik tanah dalam institusi seperti Felda’ – Shahrir

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman hari ini menggesa lebih banyak pihak tampil membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes kehilangan hak tanah Felda di Jalan Semarak.

Katanya, ini bagi memastikan semua yang terbabit dalam kes itu dibawa ke muka pengadilan.

Bagaimanapun, Shahrir yakin Felda dapat memperoleh semula hak milik empat bidang tanahnya di Jalan Semarak menerusi usaha yang telah dilakukan setakat ini termasuk membuat laporan polis serta mendaftarkan kaveat ke atas tanah terbabit.

Jelasnya, Felda tidak bertindak sendirian kerana segala langkah yang diambil dimaklumkan kepada semua pihak yang berkenaan.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: