February 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan dividen 7.00 sen sesaham, beserta bonus 0.25 sen sesaham dan ‘bonus istimewa ulang tahun’ sebanyak 1.00 sen sesaham bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Ini menjadikan jumlah pulangan unit pelaburan itu sebanyak 8.25 sen sesaham bagi 2017, peningkatan 12 peratus berbanding jumlah pulangan tahun lalu.

Tahun lalu, PNB mengumumkan dividen sebanyak 6.75 sen sesaham bagi ASB beserta bonus 0.50 sen sesaham, menjadikan jumlah pulangannya 7.25 sen sesaham.

Penyertaan ‘bonus istimewa ulang tahun’ tahun ini juga menjadikan 2017 satu-satunya tahun di mana pulangan ASB terdiri dari tiga komponen, berbanding dua komponen sebelum ini.

BERITA LANJUT MENYUSUL



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: