February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


PAS bakal mencipta sejarah tersendiri apabila mahu meletakkan calonnya bertanding di lebih 130 kerusi parlimen seluruh negara pada PRU14 pada kali ini. Pendirian itu dinyatakan sendiri Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Parti Amanah pimpinan Mat Sabu juga tiada halangan jika PAS mahu bertanding lebih 130 kerusi parlimen di seluruh negara pada PRU14. Ini kerana Amanah menyifatkan PAS sebagai sebuah parti Islam yang semakin goyah, tidak tetap dan bercelaru.

Presidennya, Mohamad Sabu berkata, ia adalah hak parti Islam itu untuk bertanding di mana-mana kerusi yang diimpikan mereka. Biarlah mereka tanding berapa kerusi sekalipun, kita serah kepada rakyat untuk buat pilihan pada PRU14 nanti.

Walaupun setiap parti dalam Pakatan Harapan bertanding tidak banyak kerusi, tetapi Pakatan Harapan akan menang banyak untuk membentuk kerajaan. (Kenyataan ini dibuat bagi menyedapkan hatinya!)

Pada hujung November lalu, Pengarah Komunikasinya, Khalid Samad berkata, beliau sendiri tidak lagi jelas dengan matlamat PAS apabila parti itu seolah-olah keliru dan tidak pasti untuk berpihak, sama ada pembangkang atau kerajaan.

Yang pasti, PAS kini mengamalkan perjuangan yang bertentangan dengan sistem demokrasi berparlimen di negara ini. Amanah sebenarnya tahu bahawa PAS tidak membawa sebarang ancaman kepada Amanah!

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the “Biographical Info” field in the user admin panel.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: