February 25, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Dewan Pemuda PAS Pusat menggesa rakyat Malaysia menolak kepimpinan Tun Mahathir Mohamad.

Naib Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari mendakwa, Malaysia akan menjadi negara bercelaru jika Dr Mahathir diberi peluang sekali lagi menjadi perdana menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Hal ini kerana ketika era pemerintahan Dr Mahathir selama 22 tahun, berlaku tragedi Memali (1985), krisis dengan Raja-Raja Melayu, pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga tercetus gerakan reformasi.

“Selain itu, Dr Mahathir juga dilihat seperti orang “munafik” kerana beliau yang dahulu memasukkan Anwar ke dalam penjara, kini beliau mendesak supaya Anwar perlu dibebaskan pula,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambah beliau, apa yang dilakukan oleh Dr Mahathir itu dapat dibuktikan dengan jelas apabila bekas perdana menteri itu membuat kenyataan bersama peguam hak asasi manusia dari Amerika Syarikat, Kimberly Motley mendesak supaya Anwar segera dibebaskan selain sepakat mendakwa Anwar adalah tahanan politik.

Beliau turut mendakwa, sekiranya Dr Mahathir sekali lagi diberikan kepercayaan, maka tidak mustahil beliau akan kembali menghancurkan negara.

“Tambah pula kini segala “penyakit” yang berpunca ketika zaman Dr Mahathir cuba dibersihkan. Dan jangan pula nanti bertambah penyakit yang ada,” ujarnya.

Ahmad Fadhli yang juga Ketua Pemuda PAS Kelantan menegaskan, percakapan individu seperti Dr Mahathir boleh berbolak-balik pada bila-bila masa saja selepas beliau melakukan banyak pusingan U sebelum ini.

Beliau mengingatkan pemimpin dalam pakatan pembangkang agar mengkaji semula pelantikan Dr Mahathir sebagai pemimpin tertinggi dalam pergerakan mereka agar tidak menyesal di kemudian hari.-22/12/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: